Friday, February 11, 2011

RAJA LAWAK....




Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok
Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ???????? 

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak.. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk..... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah
bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah...
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu ?'

kisah  11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.... 

Thursday, February 10, 2011

Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian


Mula-mula sekali Klik:

> Start
> Kemudian klik Run...
> Taip gpedit.msc
> Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'
> Klik pada Local Computer Policy
> Computer Configuration
> Administrative Templates
> Network
> QoS Packet Scheduler
> Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth,
Klik kanan, Properties, Enabled
(Kalau pakai Window 7, lain sikit 'words'nya..yang aku punya kalau klik kanan, bukan Properties, tapi 'Edit'..)

> Setkan pada 'Bandwidth limit (%)' tu kepada maksimum value iaitu 100

> Selesai!



*source : http://www.myhac.co.cc/2011/02/tips-melajukan-internet-tanpa.html



Wednesday, February 9, 2011

KENAPA GADIS MELAYU SAJA YANG KENA RASUK



Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh k ain .Berlaku iasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana salah nya..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK.....""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Tuesday, February 8, 2011

MANFAAT SEBAIK BERHENTI MEROKOK


Selepas beberapa jam- sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh dua hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam - nadi dan tekanan darah akan menurun ke paras yang normal. Baik untuk jantung.
Selepas 24 jam - Karbon monoksida iaitu sejenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh selsel tubuh. Paru-paru anda akan dapat berfungsi dengan baik.
Selepas 2 hari - deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan lebih menikmati kelazatan makanan dibandingkan semasa anda merokok. Deria hidu akan pulih seperti sedia kala. Gigi, rambut,jejari,pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Selepas beberapa minggu - silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membesihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih da dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan - peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki menjadi lebih efisyen
Selepas 3 bulan - kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebh subur.

GOOGLE

Logo Google pada laman web nya unik dan menarik berlatarbelakangkan hidupan laut yang dilihat dari dalam kapal selam. Juga dikenali sebagai Google Doodle kali ini sempena meraikan hari lahir JULES VERNE yang ke 183 tahun. He's Frenchman and scientist, who pioneered the science fiction genre, is the subject of such an innovative design. Beliau telah meramalkan manusia akan boleh terbang,menyelam dlm lautan suatu hari nanti. He is best known for novels such as Twenty Thousand Leagues Under the Sea (1870), A Journey to the Center of the Earth (1864), and Around the World in Eighty Days (1873).Beliau juga dikenali sebgai"Father of Science Fiction". Tapi saintis dan cendiakawan Islam pada zaman kegemilangan Islam lagi hebat.







Sunday, February 6, 2011

PARIS HILTON PELUK ISLAM??

Betul ke Paris Hilton peluk Islam..Kalau betul Alhamdulillah..bertambah lagi umat Islam di bumi Allah. Paris Hilton yg memang terkenal dengan gaya hidup yg liar dan suka berparty tukar2 boyfren. Mempunyai reality television show sendiri- MY New BFF. Utk cerita selanjutnya sila klik disini 
http://milosuam.blogspot.com/2011/02/paris-hilton-peluk-islam-alhamdulillah.html#ixzz1DBFdAarJ

"Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_SQ7xLQu5RN9rVR5wjpiGvPjwVzm2CZypBs38RC1IaM_v6e_QExsKTK3XHDhGSbg4JLJJVWjawz7Dp9tutfXahsfN00cerSGs-SL30MmeFu1qd7_SICjblv9aZLJ8vH7q40fRmtvi563C/s1600/paris.png