Tuesday, February 8, 2011

MANFAAT SEBAIK BERHENTI MEROKOK


Selepas beberapa jam- sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh dua hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam - nadi dan tekanan darah akan menurun ke paras yang normal. Baik untuk jantung.
Selepas 24 jam - Karbon monoksida iaitu sejenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh selsel tubuh. Paru-paru anda akan dapat berfungsi dengan baik.
Selepas 2 hari - deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan lebih menikmati kelazatan makanan dibandingkan semasa anda merokok. Deria hidu akan pulih seperti sedia kala. Gigi, rambut,jejari,pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Selepas beberapa minggu - silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membesihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih da dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan - peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki menjadi lebih efisyen
Selepas 3 bulan - kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebh subur.

No comments: