Wednesday, November 2, 2011

Kenapa lovebite berbahaya?


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Thursday, August 18, 2011

David Villa Hina Islam! – Mesut Ozil


Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2.

Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.



Kenyataan Mesut Ozil :-

I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! – Mesut Ozil


So, kita sokong lah pemain bola yang beragama islam terutama Mesut Ozil ini. David Villa nama je pemain star tapi tidak hormat agama Islam, buat apa. Kalau nak boikot dia lagi baik.

Disamping itu, pemain baru Barca, Fabregas menyindir pengurus Arsenal iaitu Wenger dengan menyatakan bermain di Barca lebih baik daripada bermain di Arsenal kerana tidak sampai 48 jam dia berada di Barca, dia sudah mendapat piala.


Friday, June 24, 2011

PSR PD-TOLONG JANGAN CHECK IN KAT SITU

Ada bran!!

Rabu, 15/6/11  – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PD  – Tolong jgn duduk situ!
 Ø   1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram,mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung!Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt BlueLagoon. Ok la, laut bersih & cantik.
 Ø   6.30pm
 Balik bilik. Husband nmpak 'benda'  di sebalik tangga & 'benda'  ituhilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.
 Ø   7.00pm
 Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg,anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (merekabdua nmpak 'bnda'  tu ada dlm toilet!)
 Ø   7.20pm
 Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’  nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!
 Ø   7.25pm
 Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tanggaapartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!
 Ø   7.40pm
 Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu  kt situ.Hantu  tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah,aduhai!
Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdosmpai jam 4 pagi, baru terlena.

 Khamis, 16/6/11  - Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Diabanyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas  & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka!  Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

 Jumaat, 17/6/11  - Anak saya cakap “mama, hantu  tu takut air. Hantu tu nk main ngan baby, hantu  tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' babynmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”

 Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!




Wednesday, June 22, 2011

BOB LOKMAN - AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI

  MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.

Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.

KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya.

Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya.

Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.

Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam.

Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita.

Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman.

Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini.

Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.

Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram.

Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali.

Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya . Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan.

Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita. Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham.

Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu. Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya.

Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati.Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.

Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.

Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah. Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat.

Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”

Saturday, April 23, 2011

F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda?

F-TRACKER

Satu perisian komputer bersaiz kecil yang kami hasilkan telah terbukti dapat menyelesaikan masalah ini sehingga 80%. Hanya dengan menggunakan perisian F-Tracker komputer riba anda dapat dipantau walaupun ia telah dibawa jauh dari anda. F-Tracker akan mengikut ke mana sahaja komputer riba anda dibawa dan akan menjadi perisik untuk anda. Dengan keupayaan menggunakan 'webcam' komputer riba anda perisian ini akan menangkap gambar individu yang menggunakan komputer riba anda setelah ianya hilang. Maklumat lain seperti alamat IP juga akan dihantar kepada anda bagi memudahkan anda menjejaki dan mengenalpasti suspek. Maklumat ini dapat diakses melalui akaun Fulamak Network dan ianya boleh dijadikan bahan bukti untuk disertakan semasa membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dan tangkapan.

Jika komputer riba anda tidak dilengkapi dengan perisian ini mungkin anda akan kehilangan komputer riba kesayangan anda buat selamanya. Namun jika komputer riba anda dilengkapi dengan F-Tracker anda mempunyai sehingga 80% peluang untuk mendapatkan semula komputer riba anda. Sebelum anda menyesal pastikan anda menggunakan F-Tracker sekarang sebagai persediaan jika kecurian berlaku ke atas diri anda.

F-Tracker akan menangkap gambar suspek secara pintar dimana gambar yang ditangkap melalui 'built-in' webcam ini tidak akan disedari oleh suspek ketika sedang sibuk menggeledah isi kandungan di dalam komputer riba anda. F-Tracker akan menyimpan gambar suspek tersebut di dalam hardisk dan akan menghantar gambar dan maklumat IP sekiranya terdapat talian internet.

http://face.fulamak.net/?id=8599

Sunday, April 3, 2011

SALAH KE PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Wednesday, March 23, 2011

Isu.Video Seks- DSAI





Teliti kedua2 video di atas dan buat penilaian sendiri. The truth is out there..

Fasha Sanda Bertudung?



Sama ada Fasha Sanda sudah berterusan bertudung, atau sekadar bertudung di majlis tertentu tidaklah dapat dipastikan. Sekiranya beliau benar-benar sudah bertudung secara istiqomah, Alhamdulillah! Pasti seluruh peminat Fasha akan lebih menyayangi beliau!

Berikut beberapa gambar untuk tatapan anda khususnya peminat Fasha Sanda.


source: http://milosuam.blogspot.com/2010/05/fasha-sanda-sudah-bertudung.html#ixzz1HQ475BHK

Thursday, February 17, 2011

SERAM..KELAKAR...SEDIH


   Kpd penulis asal citer nih...tima kasih la share citer ni..

   Masa kt ITM dulu mmg kitorg tau psl umah ni berantu...sewa dia murah
    jer, tapi kitorg x pernah nampak ada org sewa umah tu..
   mmg lokasi dia betul2 dkt dgn wet world...kitorang selalu jln kaki dr
   sect. 2 gi pkns lalu kat tp wetworld tu...tp xtau plak se'keras' tu
   umah tu...

   Rasanya smpai skrg pun xde org duduk kot..
 
   TRUE STORY!!

   Huhuhuhu seram gak citer dia nih.

   9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara
   pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb
   kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn
   kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet
   world [kalo korang tau la].

   Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt
   bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan
   je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke,
   pelik, rimas, takut semua ada.

   Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya
   byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free
   la....[?]
   Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
   katanya...
   Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt
   tingkap blk atas.

   Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas
   brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk
   tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first
   kena.

   Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut.
   So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup].
   Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye
   tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt
   sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah
   bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
   sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi
   org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket
   [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu
   smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm.
   Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

   Mlm tu kitorg kna lg teruk.

   Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk
   sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape
   lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun
   xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs
   Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2
   ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk
   blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
   kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute
   dlm bilik? Ahh suda...
   Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh
   selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what?
   ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau
   hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

   Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg
   pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak
   tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb
   nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak
   sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar
   umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg
   pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

   Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang
   ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau.
   Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak
   restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua
   xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau
   trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n
   kunci motor.
   Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk
   pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn
   ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor
   kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu,
   Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil
   babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk
   muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk
   trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran
   hakim!!!!

   Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk
   ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12
   lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt
   tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt
   atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+
   koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt
   dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g
   bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu
   bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr
   tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik
   jek xpatah.

   Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt
   dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb
   ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah!
   Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya
   memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

   Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak
   kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp
   c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
   xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru
   betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

   Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg
   lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb
   takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu.
   Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain.
   Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

   Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde
   ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak,
   Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg
   try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde
   org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu
   dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang
   tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai
   meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg
   sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim
   ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon
   antara kitorg brckp....smp subuh!!

   Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat
   berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu
   umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni,
   memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu
   aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu
   dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn
   umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.
   Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah.
   Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling
   berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call,
   katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya.
   Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
   no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

   Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk
   melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya
   kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g
   hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform
   yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah,
   takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital
   klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg
   kuat ckp yg hal ni x abis lg.

   Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius
   parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
   else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
   x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air
   mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni
   da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole
   brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
   Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg
   dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon
   kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt
   tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu
   parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah
   alam.

   Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe.
   Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan
   sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg
   jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali
   org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik
   salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik
   keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu
   blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2
   naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk
   muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50
   jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

   Aku demam 3 hari.

   Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

   Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
   Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb
   sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu
   rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh
   da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh
   kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
   aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau
   tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt
   jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta
   tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
   Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus
   xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne
   dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln
   bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

   Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia
   jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili
   dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin,
   kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg
   lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia
   roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe,
   kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

   Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
   abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn
   ingat ko smp bebila...al- fatihah

   Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap
   kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last
   kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada
   sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani
   la...nokia 3310

Friday, February 11, 2011

RAJA LAWAK....




Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok
Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ???????? 

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak.. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk..... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah
bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah...
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu ?'

kisah  11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.... 

Thursday, February 10, 2011

Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian


Mula-mula sekali Klik:

> Start
> Kemudian klik Run...
> Taip gpedit.msc
> Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'
> Klik pada Local Computer Policy
> Computer Configuration
> Administrative Templates
> Network
> QoS Packet Scheduler
> Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth,
Klik kanan, Properties, Enabled
(Kalau pakai Window 7, lain sikit 'words'nya..yang aku punya kalau klik kanan, bukan Properties, tapi 'Edit'..)

> Setkan pada 'Bandwidth limit (%)' tu kepada maksimum value iaitu 100

> Selesai!



*source : http://www.myhac.co.cc/2011/02/tips-melajukan-internet-tanpa.html



Wednesday, February 9, 2011

KENAPA GADIS MELAYU SAJA YANG KENA RASUK



Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh k ain .Berlaku iasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana salah nya..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK.....""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Tuesday, February 8, 2011

MANFAAT SEBAIK BERHENTI MEROKOK


Selepas beberapa jam- sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh dua hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam - nadi dan tekanan darah akan menurun ke paras yang normal. Baik untuk jantung.
Selepas 24 jam - Karbon monoksida iaitu sejenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh selsel tubuh. Paru-paru anda akan dapat berfungsi dengan baik.
Selepas 2 hari - deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan lebih menikmati kelazatan makanan dibandingkan semasa anda merokok. Deria hidu akan pulih seperti sedia kala. Gigi, rambut,jejari,pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Selepas beberapa minggu - silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membesihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih da dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan - peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki menjadi lebih efisyen
Selepas 3 bulan - kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebh subur.

GOOGLE

Logo Google pada laman web nya unik dan menarik berlatarbelakangkan hidupan laut yang dilihat dari dalam kapal selam. Juga dikenali sebagai Google Doodle kali ini sempena meraikan hari lahir JULES VERNE yang ke 183 tahun. He's Frenchman and scientist, who pioneered the science fiction genre, is the subject of such an innovative design. Beliau telah meramalkan manusia akan boleh terbang,menyelam dlm lautan suatu hari nanti. He is best known for novels such as Twenty Thousand Leagues Under the Sea (1870), A Journey to the Center of the Earth (1864), and Around the World in Eighty Days (1873).Beliau juga dikenali sebgai"Father of Science Fiction". Tapi saintis dan cendiakawan Islam pada zaman kegemilangan Islam lagi hebat.







Sunday, February 6, 2011

PARIS HILTON PELUK ISLAM??

Betul ke Paris Hilton peluk Islam..Kalau betul Alhamdulillah..bertambah lagi umat Islam di bumi Allah. Paris Hilton yg memang terkenal dengan gaya hidup yg liar dan suka berparty tukar2 boyfren. Mempunyai reality television show sendiri- MY New BFF. Utk cerita selanjutnya sila klik disini 
http://milosuam.blogspot.com/2011/02/paris-hilton-peluk-islam-alhamdulillah.html#ixzz1DBFdAarJ

"Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_SQ7xLQu5RN9rVR5wjpiGvPjwVzm2CZypBs38RC1IaM_v6e_QExsKTK3XHDhGSbg4JLJJVWjawz7Dp9tutfXahsfN00cerSGs-SL30MmeFu1qd7_SICjblv9aZLJ8vH7q40fRmtvi563C/s1600/paris.png

Saturday, February 5, 2011

Return of Nday

Wow!! Dah lama aku tak post,tak menulis, mengarut,mencetuskan idea or whatever kt blog ni. It's quite a long time 2 years..Sekarang ni masih cuti Chinese New Year. Tapi hanya duduk di rumah spend tmee with my lovely wife and my 2 kids. Cannot go anywhere coz both of my kids kena chicken pox(Demam campak..). Apa kena mengena gambar yg aku tepek ni dgn post ni..Nothing !!saje2 je tepek. No idea to write..Just waiting for BPL game MANCHERSTER UNITED vs team cap ayam Wolves